Categories
EKONOMI

Harga emas tertinggi dalam tempoh dua minggu

SINGAPURA 21 MAC: Harga emas menokok hari ini menghampiri paras dua minggu tertinggi yang dicapainya dalam sesi sebelumnya.

Dolar Amerika Syarikat (AS) memberikan sokongan teknikal selepas nilainya jatuh susulan komen Presiden Rizab Persekutuan Chicago berhubung kemungkinan bank pusat itu tidak akan tergesa-gesa menaikkan kadar faedah.

Harga emas didagangkan pada 0.1 peratus lebih tinggi kepada AS$1,234.40 seauns pada 0045 GMT, lapor REUTERS.

Semalam, harga emas mencecah paras tertingginya sejak 6 Mac kepada AS$1,235.50.

Harga dagangan hadapan AS tidak berubah kepada AS$1,234.60. Indeks dolar AS turun 0.2 peratus kepada 100.190.

=EZY=