SINGAPURA 23 MAC: Harga minyak pagi ini pulih daripada kerugian semalam, walaupun pasaran terus ditekan peningkatan inventori minyak Amerika Syarikat (AS) dan pertambahan pengeluaran minyak syal menutupi usaha Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) mengawal pengeluaran minyak global.
Dagangan hadapan Brent berada pada AS$50.95 setong pada 0033 GMT, naik 31 cent daripada paras penutupnya, lapor Agensi Berita Antarabangsa REUTERS.
Ia muncul selepas Brent didagangkan lebih rendah AS$50 setong dalam sesi sebelumnya untuk pertama kalinya sejak November.
Minyak mentah WTI di AS didagangkan 33 cent lebih tinggi kepada AS$48.38 setong selepas melepasi paras sokongan AS$47 setong kelmarin.
Walaupun dengan lantunan itu, pedagang masih kekal berhati-hati dengan menjangkakan harganya akan terus dalam tekanan susulan inventori AS yang sudah mencapai tahap penuh untuk ketika ini serta keraguan keupayaan the OPEC mencapai sasarannya.
=EZY=