OLEH ERMIZI MUHAMAD
KUALA LUMPUR, 15 MAC : Pengarah Pilihanraya KEADILAN, Nurul Izzah Anwar mempertikai tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengeluarkan Selangor dalam syor persempadan semula.
Beliau berkata, tindakan tersebut bertentangan dengan prinsip Perlembagaan yang dipegang utuh masyarakat di negara ini.
“Keterdesakan SPR sehingga terpaksa keluarkan notis syor persempadan semula Tanah Melayu tanpa letakkan negeri Selangor dalam notis dipampang di dada akhbar bertarikh 8 Mac 2017.
“Ini bercanggah dengan Perkara 1 (6) di bawah Perlembagaan yang menyatakan persempadan diuruskan dalam satu unit Tanah Melayu dan bagi setiap negeri di Sabah dan Sarawak,” katanya pada sesi perbahasan di Dewan Rakyat, semalam.
Terdahulu, KEADILAN mengkaji sebarang bentuk langkah berhubung tindakan SPR meneruskan syor persempadanan semula bagi negeri-negeri di Semenanjung.
Sebelum ini, Kerajaan Negeri menegaskan SPR turut melanggar satu lagi garis panduan dalam Perlembagaan dengan menyebabkan kesukaran kepada pihak berkuasa tempatan dan memutuskan hubungan dalam kalangan masyarakat melalui pelaksanaan itu.
Susulan itu, pentadbiran negeri mengemukakan saman terhadap SPR membabitkan cadangan persempadan semula yang jelas memecahkan komposisi kaum di Selangor.
=EZY=