Categories
SELANGOR

KPKT mahu contohi modul pelaksanaan Smart Truck

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 31 MAC: Selangor mendahului model perniagaan ‘Smart Truck’ sehingga modul pelan dan peraturannya ingin dicontohi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari berkata, pejabatnya dihubungi pegawai KPKT bagi mendapatkan salinan modul berkenaan disaat menteri bertanggungjawab sentiasa menafikan kejayaan Selangor.

“Selangor mendahului negeri lain untuk penyediaan pelan dan peratuaan penggunaan food truck.

“Suka saya ingin mengumumkan KPKT sendiri terpaksa meminta model daripada kita untuk menyediakan pelan menyediakan Smart Truck ini.

“Pegawai mereka menelefon pegawai kita dan ingin mendapatkan salinan sebelum dilancarkan,” katanya.

smart-trak1Beliau berkata demikian ketika memyampaikan penggulungan titah ucapan Menjunjung Kasih DYMM Sultan Selangor.

Menurutnya, pelbagai usaha sedang dirangka untuk memperkemaskan lagi pelaksanaan Smart Truck sejak dilancarkan pada Disember 2016 menerusi pengenalan aplikasi sesuai dengan gagasan ‘Smart State’.

Selain itu, HIJRAH Selangor juga sedang mengkaji skim sesuai bagi memberikan pinjaman untuk peniaga membeli trak sendiri pada harga mampu milik sekitar RM30,000.

Katanya harga pasaran dianggarkan RM50,000 hingga RM100,000 bagi sebuah trak.

-nR-