OLEH SYAZWANI SUFIAN
SHAH ALAM, 19 MAC: Buat julung kalinya Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) melaksanakan Projek Agrobox ‘Agro for Business’ di Dataran Anak Muda, PJS 1, semalam.
Projek Agrobox merupakan salah satu program yang dilaksanakan MBPJ sebagai Bulan Landskap Petaling Jaya 2017, sepanjang Mac ini.
Program itu mendapat kerjasama Pejabat DUN Taman Medan, Pusat Usahawan UM, Malaysian Sustainable Agriculture dan Komuniti PPP PJS1:South Avenue.
Ahli Dewan Taman Medan (ADN) Taman Medan, Haniza Talha berkata, Agrobox merupakan projek perintis untuk komuniti bandar, menghasilkan produk organik untuk komuniti juga sumber menambah pendapatan keluarga.
Katanya, projek itu juga merupakan projek pertanian yang diambil oleh MBPJ sebagai model untuk dilaksanakan di lain-lain komuniti bandar di Petaling Jaya.
“Produk yang dihasilkan 100 peratus organik, menggunakan bahan tumbuhan dan semulajadi, selamat, berkhasiat dan enak.
“Kaedah tanaman sayuran di atas permukaan dan ternakan ikan tilapia di bawah dalam kontena merupakan teknik akuaponik. Kelestarian kaedah ini dengan sisa buangan ikan dikitar semula kepada sayuran.
“Akar sayur menyerap nutrisi dan seterusnya tumbesaran sayuran yang ditanam akna berlaku,” katanya.
=EZY=