OLEH ERMIZI MUHAMAD
SHAH ALAM, 23 MAC: Timbalan Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali menegaskan rundingan membabitkan komponen parti pembangkang di peringkat Persekutuan masih berjalan.
“Kami sentiasa dan masih membuka pintu perbincangan itu,” katanya.
Mohamed Azmin bercakap kepada pemberita pada Program Pelancaran Kempen Stray Free Selangor (SFS) di Shah Alam Convention Centre (SACC) di sini, pagi ini.
Mohamed Azmin sebelum ini memaklumkan pentadbiran Selangor kekal memegang amanat rakyat dan meneruskan pentadbiran bersama gabungan Pakatan di peringkat negeri.
Sementara itu, Mohamed Azmin Ali menegaskan kenyataan ditulisnya di Twitter membabitkan individu dinamakan sebagai ‘Tok Lebai’ tidak ditujukan kepada mana-mana pimpinan PAS.
Sebaliknya beliau berkata, parti ditunjanginya sendiri turut dianggotai ahli-ahli dengan gelaran ‘Tok Lebai’.
“Siapakah dia Tok Lebai? Adakah saya menamakan individu itu (di Twitter?)
“Dalam KEADILAN juga ada Tok Lebai,” katanya.
Selasa lalu, Mohamed Azmin memuat naik kenyataan di Twitter berhubung indentiti ‘Tok Lebai’ yang mengundang pelbagai spekulasi mengenainya.
=EZY=