OLEH SYAZWANI SUFIAN
SHAH ALAM, 31 MAC: Orang ramai diingatkan untuk segera menunaikan tanggungjawab menyemak dan membayar cukai tanah sebelum 31 Mei ini.
Setiap orang yang memiliki rumah, kedai dan hartanah di Selangor perlu melangsaikan cukai tanah dengan kadar segera bagi mengelak sebarang FI tunggakan.
Bayaran cukai tanah boleh dibuat dibeberapa tempat antaranya melalui kaunter Pejabat Daerah dan Tanah, pihak berkuasa tempatan (PBT), Pejabat Tanah dan Galian Selangor serta di pejabat pos di seluruh Selangor.
Bagi memudahkan orang ramai, pembayaran cukai tanah juga boleh dilakukan secara atas talian atas nama Pejabat Pengarah Tanah dan Galian dan Pejabat Tanah dan Galian Selangor.
Sebelum itu, orang ramai juga digalakkan menyemak terlebih dahulu di pejabat daerah dan tanah atau menerusi mySMS ke 15888.
-nR-