Categories
GLOBAL

AS, Perancis, Britain draf kecam serangan kimia

NEW YORK 5 APRIL: Britain, Perancis dan Amerika Syarikat hari ini, membentangkan draf resolusi kepada Majlis Keselamatan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Ia bagi mengutuk serangan kimia di Syria dan menuntut siasatan penuh dijalankan secepat mungkin.

Teks yang diperoleh AFP itu antara lain meminta Pertubuhan Larangan Senjata Kimia (OPCW) segera melaporkan hasil siasatan, susulan serangan awal hari ini di bandar yang dikuasai pemberontak Khan Sheikhun di wilayah Idlib yang mengorbankan sekurang-kurangnya 58 orang awam.

Kenyataan draf resolusi itu turut diedarkan kepada 15 wakil Majlis Keselamatan PBB mendesak sidang tergempar diadakan segera.

Draf resolusi itu mengecam keras penggunaan senjata kimia di Syria dan menuntut panel jawatankuasa siasatan bersama PBB dan OPCW dibentuk bagi melakukan siasatan mencari dalang serangan itu.

=EZY=