Categories
GLOBAL

Gunung Berapi Sinabung meletus, hambur debu 3km

KARO, INDONESIA 12 APRIL: Gunung berapi di kepulauan Sumatera mengeluarkan asap panas dan debu ke udara pada Rabu dalam siri letupan gunung berapi di negara itu.

Agensi Berita Antarabangsa AFP melaporkan Gunung Berapi Sinabung meletus dalam beberapa hari ini mengeluarkan gas panas sehingga tiga kilometer, kata agensi bencana negara itu.

Pihak berkuasa tempatan mengeluarkan kenyataan sekolah berada dalam lingkungan tujuh kilometer daripada gunung berapi itu adalah kawasan selamat.

Penduduk kampung mengambil langkah berjaga-jaga dengan memakai topeng keselamatan menghindari kesan debu gunung berapi.

Kira-kira 2,000 keluarga sudah dipindahkan daripada pusat gunung berapi itu sejak beberapa tahun lalu.

Gunung Berapi Sinabung pertama kali meletus dalam tempoh hampir 400 tahun pada 2010 selepas tidak aktif sejak sekian lama.

Pada Mei 2016, seramai tujuh penduduk terkorban dalam letupan gunung berapi itu manakala 16 terkorban pada Februari 2014.

Indonesia mempunyai kira-kira 130 gunung berapi ekoran kedudukannnya terletak di Lingkaran Api Pasifik yang menyebabkan berlaku kekerapan gempa bumi dan letusan gunung berapi.

GAMBAR: SUMBER AFP

=EZY=