Categories
NASIONAL

Kehadiran kapal perang AS dan China, elak jadi bidak catur kuasa dunia

OLEH: MOHD EZLI MASHUT

SHAH ALAM 16 APRIL: Kapal Pasukan Pengawal Pantai China dilaporkan kerap mengekalkan kedudukannya berhampiran Luconia Shoals off iaitu 145km dari Sarawak dan lebih 1,600km dari tanah besar China.

Asia Maritime Transparency Initiative (AMTI) menyatakan fakta tidak menyenangkan itu tidak mendapat perhatian mencukupi sama ada di media Malaysia dan antarabangsa yang menunjukkan kesungguhan China untuk mengekalkan penguasaan sepanjang kawasan dikenali nine-dash line.

AMTI dalam laporannya bertarikh 5 April lalu menyatakan dalam tempoh dua bulan pertama 2017, tiga kapal China meronda di Luconia Shoals.

Kapal itu dikesan AMTI, iatu badan kajian sebahagian daripada Pusat Kajian Strategik dan Antarabangsa di Washington, dan Center of Advanced Defense Studies (C4ADS).

ChineseShipTypesPatrollingLuconia-1024x640Kumpulan kajian berpangkalan di Amerika Syarikat itu berkata, ia rondaan biasa dan konsisten melibatkan pusingan kerja 11 kapal peronda dikesan AMTI sejak lewat 2015.

Laporan itu mengambil maklum China menghabiskan banyak tahun menuntut pulau terumbu karang di Laut China Selatan, dan pada Mac menyiapkan tiga pangkalan tentera besar di situ lengkap dengan kemudahan tentera laut, udara, radar dan peluru berpandu.

Sebelum ini, REUTERS melaporkan, sebuah pesawat pejuang China dirakam berada di sebuah pulau buatan di Laut China Selatan, kali pertama dilihat dalam setahun.

Pesawat pejuang J-11 dilihat dalam satu imej satelit yang dirakam pada 29 Mac lalu di Pulau Woody di rangkaian kepulauan Paracel.

Ahli Parlimen Lumut, Mohamad Imran Abdul Hamid berkata, kewujudan pesawat pejuang negara tembok besar itu di pulau terbabit dipercayai tidak memungkinkan berlaku sesuatu insiden tidak diingini yang mengancam keselamatan negara berhampiran biarpun dipersoalkan Amerika Syarikat (AS).

A Chinese J-11 fighter jet is pictured on the airstrip at Woody Island in the South China Sea in this March 29, 2017 handout satellite photo.   CSIS Asia Maritime Transparency Initiative/DigitalGlobe/Handout via REUTERS
A Chinese J-11 fighter jet is pictured on the airstrip at Woody Island in the South China Sea in this March 29, 2017 handout satellite photo. CSIS Asia Maritime Transparency Initiative/DigitalGlobe/Handout via REUTERS

Beliau berkata kepada SelangorKini, isu itu perlu diberi perhatian kerana ia membabitkan dua buah kuasa dunia dengan China dan AS pastinya berusaha membina kekuatan masing-masing.

Dalam pada itu, Kapal pemusnah Amerika Syarikat USS Stethem dilaporkan menjalankan operasi di Laut China Selatan menurut satu kenyataan dikeluarkan Tentera Laut AS.

Kehadiran USS Stethem di Laut China Selatan meningkatkan lagi ketegangan antara Washington dan Beijing berhubung isu pertikaian wilayah yang melibatkan beberapa negara di kawasan itu.

Kapal pengangkut ekspedisi Tentera Laut Amerika Syarikat USNS Fall River tiba di Pelabuhan Pending, di sini pada kira-kira pukul 9 pagi (14 April) untuk Eksesais Pacific Partnership 2017 (PP17).

USNS_Fall_River_completes_acceptanceKetibaan kapal yang membawa bersama 100 anggota Marin dan Tentera Laut Amerika Syarikat bersama 30 kru awam.

Jurucakap Markas Pemerintahan Timur dalam satu kenyataan berkata kapal itu akan berlabuh sehingga tamat eksesais di sini pada 22 April ini sebelum bertolak ke pelabuhan Kuantan.

=EZY=