Categories
NASIONAL

Komander Abu Sayyaf maut dalam pertempuran

MANILA, 29 APRIL: Pasukan tentera Filipina dilaporkan membunuh Alhabsy Misaya yang juga komander militan Abu Sayyaf, dipercayai salah seorang penculik terkenal di selatan negara itu.

Ketua tenteranya, Jeneral Eduardo Ano berkata, Misaya terbunuh dalam pertempuran dengan unit marin kelmarin dalam hutan antara bandar Indanan dan Parang di wilayah Sulu, lapor AP.

Misaya dipersalahkan atas penculikan puluhan tebusan Malaysia dan Indonesia, termasuk seorang yang sudah dipenggal kepala.

Ano berkata, mayat Miyasa sudah dikenal pasti anggota Abu Sayyaf yang berjaya ditangkap.

Tentera Filipina melancarkan operasi besar-besaran terhadap Abu Sayyaf yang terkenal dengan pengeboman, penculikan dan memenggal tebusan.

Ia disenaraihitamkan sebagai pertubuhan pengganas oleh Amerika Syarikat (AS) dan Filipina.