Categories
EKONOMI SELANGOR

‘Made In Selangor’ lonjak jenama tempatan ke peringkat global

OLEH SYAZWANI SUFIAN

DAMANSARA, 23 APRIL: Program ‘Made In Selangor’ adalah usaha bagi mengetengahkan imej dan penjenamaan produk tempatan Selangor untuk lebih dikenali di peringkat nasional dan antarabangsa.

Pengerusi Eksekutif HIJRAH Selangor, Dato’ Mansor Othman berkata, pihaknya sentiasa berusaha melaksanakan pelbagai program dan pendekatan bagi menaikkan martabat produk tempatan supaya lebih terkenal.

“Program ini memberi ruang promosi yang lebih luas kepada usahawan dan pengusaha produk tempatan memperkenalkan jenama keluaran mereka.

“Dengan sokongan kuat Raja Muda Selangor kita harap ia dapat memperkasakan usahawan muda,” katanya pada perasmian program itu.

MISProgram itu mendapat kerjasama Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan itu dirasmikan oleh DYTM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah sebagai tanda sokongan dan galakan usahawan muda.

Program itu berlangsung bermula 19 April lalu hingga 23 April di One Utama dan bakal diteruskan di AEON Shah Alam pada 25 April hingga 1 Mei ini.

Sebanyak 40 jenis produk terlibat dalam program itu termasuk usahawan di bawah Bazaarpaknil.

Turut memberikan kerjasama dalam melaksanakan pelbagai aktiviti menarik dengan penglibatan booth dari artis tempatan.

Ia termasuk persembahan kebudayaan Universiti Selangor (UNISEL) dan program membaca oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS).

=EZY=