SHAH ALAM, 24 APR : MBPJ Tiger berjaya mengekalkan rentak cemerlang apabila berjaya menundukkan juara liga musim lalu, SSTMI Thunderbolt 3-2 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, semalam.
Kemenangan itu sekali gus mengekalkan kedudukan pertama pasukan itu di persada Liga Remaja Hoki Kebangsaan 2017, lapor Arena Hoki.
Permainan pantas ditunjukkan kedua-dua pasukan sebaik wisel permulaan dibunyikan membuahkan hasil apabila pemain SSTMI Thunderbolt, Syed Mohamad Syakir terlebih dahulu berjaya membuka jaringan di minit ke 13 perlawanan.
Bangkit daripada serangan pihak lawan, MBPJ Tiger berjaya menyamakan kedudukan pada minit kedua perlawanan menerusi gol padang oleh Muhammad Syafiq Izzudin.
MBPJ Tiger terus mengasak benteng pertahanan SSTMI Thundebolt apabila pemainnya Mohamad Syabil Aizam Mohamad Noor menjaringkan gol di minit ke 29 sebelum menjaringkan gol kemenangan pada minit ke 30.
Cuba bangkit, SSTMI Thunderbolt berjaya menambah gol pada minit ke 55 perlawanan, namun gagal menyekat prestasi cemerlang MBPJ Tiger.
Kedudukan 3-2 kekal sehingga wisel penamat dibunyikan.
Keputusan itu sekali gus mengekalkan rekod tanpa kalah seterusnya menerajui liga dengan 12 mata manakala SSTMI Thunderbolt terpaksa berada di tangga kelima setelah mengharungi empat perlawanan.
Sementara itu, lain-lain perlawanan menyaksikan keputusan Division Satu, Anderson Thunderbolts sekadar seri 1-1 dengan Olak-NurInsafi (Anderson menang menerusi shoot-out 3-2).
Pertemua BJSS Thunderbolts pula menyaksikan pasukan itu berjaya mengalahkan BJSS Juniors dengan jaringan 4-0, Johor Juniors 1 menang mudah 1-0 ke atas AHP MSP Thunderbolts dan Politeknik Malaysia menumpaskan UniKL Young Guns dengan jaringan 3-2.