Categories
GLOBAL

PENTAGON sahkan Korea Utara gagal lancar ujian peluru berpandu

WASHINGTON 16 APRIL: Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) mengesahkan semalam Korea Utara didapati melancarkan peluru berpandu, dan berkata pelancaran itu “serta-merta” gagal.

“Pusat Perintah Pasifik AS mengesan dan menjejaki apa yang kami nilaikan sebagai pelancaran peluru berpandu Korea Utara pada kira-kira jam 11.21 pagi (waktu Hawaii) pada 15 April,” kata jurucakap Pusat Perintah Pasifik, Dave Benham.

“Pelancaran peluru berpandu balistik itu berlaku berhampiran Sinpo. Ia meletup hampir serta-merta,” kata Benham, lapor Berita Antarabangsa AFP.

Semalam Korea Utara menggunakan sambutan ulang tahun pengasas negara itu, Kim Il-sungke-105 itu yang juga dinamakan Hari Matahari bagi memperagakan kekuatan ketenteraan negara itu.

Sebuah peluru berpandu balistik jenis KN-08 and KN-14 juga turut dipamerkan pada perarakan itu buat pertama kali, turut dipamer peluru berpandu yang boleh dilepaskan dari kapal selam jenis Pukkuksong-2 SLBM.

=EZY=