Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

RM528,000 baik pulih masjid dan surau di Gombak

OLEH AFIX REDZUAN

SELAYANG, 14 APR: Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali mengingatkan umat Islam khususnya di Selangor supaya berpegang teguh kepada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam keadaan aktiviti terorisme semakin berleluasa.

Menurutnya, pandangan itu dinyatakan selepas mengadakan pertemuan bersama Ketua Umum Nadhlatul Ulama’, Prof Dr KH Said Aqil Siroj ketika lawatan kerja ke Indonesia tempoh hari.

“Umat Islam hari ini khususnya di Selangor yang merupakan negeri maju dan mendapat perhatian dari pelbagai kelompok masyarakat harus mempunyai pendirian dan pegangan akidah cukup utuh dalam menangani cabaran,” katanya.

MB MASJID 2Katanya, pertumbuhan sekolah agama dan sekolah pondok di Indonesia berperanan menyuburkan pegangan akidah bagi mendepani cabaran semasa.

“Peranan masjid dan surau amat penting bagi meneruskan tradisi keilmuan.

“Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dengan dukungan Kerajaan Negeri akan meneruskan program sebegini di masa akan datang,” katanya.

Pada Majlis Ramah Mesra dan Sumbangan Baik Pulih, Masjid, Surau serta Sekolah Rendah Agama Daerah Gombak di Masjid Selayang Baru, Mohamed Azmin mewakili Kerajaan Negeri menyerahkan sumbangan kepada 14 masjid dan surau di Gombak berjumlah RM528,000.

Beliau turut menyampaikan lima buah komputer kepada lima buah sekolah rendah agama sebelum menunaikan solat fardhu Jumaat.

Majlis ramah mesra diakhiri dengan Majlis Jamuan Rakyat bersama kariah setempat.

MB MASJID 4 MB MASJIDMB MASJID 5 MB MASJID 6

-nR-