Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Tiada pilih kasih bantu pendidikan semua kaum

OLEH ERMIZI MUHAMAD

KUALA SELANGOR, 18 APRIL : Keprihatinan Kerajaan Negeri menghulurkan bantuan pendidikan melangkaui fungsi sebenar Kerajaan Persekutuan membuktikan pentadbiran PAKATAN tidak mengamalkan amalan pilih kasih.

Goh Beng Poh, 56, berkata, komitmen itu menggambarkan kepedulian pentadbiran negeri untuk mengiktiraf kebajikan pendidikan kaum lain di negeri ini.

“Bantuan diagih secara adil kepada semua (kaum) dan tidak disalur kepada sekolah-sekolah tertentu sahaja.

“Ini menjelaskan bahawa Kerajaan Negeri bersikap adil membantu operasi pengurusan sekolah setiap tahun tanpa merujuk sentimen perbezaan itu,” katanya.

Goh mewakili pengurusan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kerling, Kuala Kubu Bharu yang menerima bantuan kewangan sebanyak RM50,000 daripada Kerajaan Negeri di bawah Skim Inisiatif Peduli Rakyat.

BANTUAN SEKOLAH 2Sekolah berkenaan antara 121 sekolah membabitkan 12 Dewan Undangan Negeri (DUN) Zon Utara dengan jumlah peruntukan sebanyak RM3,093,000.00.

Menghargai usaha murni itu, M Pachiappen selaku wakil Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Sungai Rambai akan menggunakan peruntukan itu bagi kerja-kerja pembaikan fasiliti sekolah.

“Ini bukan pertama kali pihak sekolah menerima bantuan sama di peringkat negeri. Tentunya ini bakal memberi manfaat kepada untuk pembangunan fasiliti dan kebajikan pelajar di sekolah kami,” katanya.

Tidak terkecuali, Pengetua Mahaad Habibullah Al-Hafiz Puncak Alam, Mohammad Sabri berkata bantuan dihulurkan akan disalurkan untuk tujuan pembaikan operasi sekolah.

“Sumbangan ini tidak terhad kepada penggunaan semasa sekolah tetapi boleh digunakan untuk tujuan keperluan memandangkan tuntutan keperluan di sekolah sangat terhad.

“Sekurang-kurangnya bantuan ini memudahkan pengurusan, perjalanan dan kebajikan 55 orang penuntut di madrasah ini,” katanya.

Terdahulu, Majlis Penyerahan Bantuan disampaikan Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi , Nik Nazmi Nik Ahmad di Kolej Inpens, pagi ini.

=EZY=