Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

TOP 5: Apa berita menarik hari ini?

Berikut adalah LIMA rangkuman berita menarik pada 20 APRIL 2017. Klik pautan untuk berita lanjut:

1. Exco cabar Umno tunai janji bantu petani

Kerajaan Negeri mencabar Umno-Barisan Nasional (BN) menunaikan janji membantu golongan tani di Selangor seperti dinyatakan sebelum ini.

Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib berkata, keperluan itu bagi memastikan golongan terbabit mendapat manfaat terbaik tanpa mengambil kira sentimen politik.

https://selangorkini.my/2017/04/exco-cabar-umno-tunai-janji-bantu-petani/

2. Bonus Rakyat Selangorku (BR1S) tidak wujud

Rakyat Selangor diminta mengabaikan sistem pesanan ringkas (SMS) berhubung program Bonus Rakyat Selangorku (BR1S) kerana ia adalah mesej palsu.

SMS terbabit bertujuan memperdaya penduduk di negeri itu dengan dakwaan ia adalah salah satu program dilaksanakan di bawah Kerajaan Selangor.

https://selangorkini.my/2017/04/bonus-rakyat-selangorku-br1s-tidak-wujud/

3. KPKT tidak profesional, abai kebajikan rakyat

Kerajaan Persekutuan bersikap tidak profesional dan adil terhadap rakyat apabila membatalkan kelulusan projek kerajaan tempatan di kawasan Parlimen bukan Umno-Barisan Naional (BN).

Exco Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baru, Ean Yiong Hian Wah berkata, arahan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) itu jelas tidak menghormati sistem demokrasi dan pilihan rakyat yang tidak memihak kepada Umno-BN.

https://selangorkini.my/2017/04/kpkt-tidak-profesional-abai-kebajikan-rakyat/

4. Exco Johor terpalit rasuah letak jawatan

Datuk Abd Latif Bandi yang menghadapi pertuduhan rasuah secara rasmi meletak jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor.

Perkara itu dinyatakan menerusi kenyataan media dikeluarkan peguamnya, hari ini.

https://selangorkini.my/2017/04/exco-johor-terpalit-rasuah-letak-jawatan/

5. Pulau Pinang tidak mungkin jadi milik BN

Barisan Nasional (BN) tidak mungkin mampu merampas semula Pulau Pinang daripada Pakatan Harapan (PAKATAN) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), kata Ketua Menterinya, Lim Guan Eng.

Beliau berkata, hal itu kerana rakyat di negeri itu sudah dapat membayangkan bagaimana keadaan ketika berada di bawah pentadbiran BN, sebelum ini.

https://selangorkini.my/2017/04/pulau-pinang-tidak-mungkin-milik-bn/