Berikut adalah LIMA rangkuman berita menarik pada 13 APRIL 2017, klik pautan untuk mendapatkan berita lanjut lebih lengkap dan menarik:
1. Lantik Hishammuddin taktik Najib kekal PM?
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dilihat hilang keyakinan kepada timbalannya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi serta terhadap orang kuatnya sendiri seperti Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, Datuk Seri Salleh Said Keruak and Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata ia berdasarkan perkembangan terkini pelantikan Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai menteri tugas-tugas khas di Jabatan Perdana Menteri.
https://selangorkini.my/2017/04/lantik-hishammuddin-taktik-najib-kekal-pm/
2. Neelofa tersenarai 300 individu ‘Forbes 30 Under 30 Asia 2017’
Pelakon Malaysia, Neelofa, adalah antara 300 individu yang tersenarai dalam Forbes 30 Under 30 Asia 2017. Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, 28, pengasas dan pengarah NH Prima International Sdn Bhd, tersenarai di bawah kategori Runcit dan E-dagang.
Beliau menjalankan beberapa perniagaan termasuk jenama pakaian wanita Muslimah, “Neelofar Hijab.” Senarai Forbes 30 Under 30 Asia 2017 itu menampilkan 300 penginovasi muda, usahawan dan peneraju yang membawa impak besar kepada dunia hari ini.
https://selangorkini.my/2017/04/neelofa-tersenarai-300-individu-forbes-30-under-30-asia-2017/
3. Korea Utara uji senjata nuklear ‘paling berkuasa’ 15 April?
Laman berita Voice of America melaporkan yang memetik sumber Kerajaan Amerika Syarikat (AS) dan beberapa sumber lain menyatakan Korea Utara kelihatan seperti sudah meletakkan satu peralatan nuklear dalam sebuah terowong dan ia mungkin dilancarkan pada waktu pagi Sabtu ini.
Dilaporkan ujian bawah tanah itu adalah untuk kali keenam dan dipercayai ‘paling berkuasa’ setakat ini.
https://selangorkini.my/2017/04/korea-utara-uji-senjata-nuklear-paling-berkuasa-15-april/
4. Harga minyak dunia turun 0.4%
Niaga hadapan minyak mentah susut untuk sesi kedua hari ini, bergerak daripada paras tertinggi satu bulan yang dicatat pada sesi terakhir susulan kenaikan inventori AS yang meningkatkan kebimbangan terhadap lebihan bekalan global.
Agensi Berita Antarabangsa REUTERS melaporkan penanda aras niaga hadapan minyak mentah Brent susut 24 cent atau 0.4 peratus kepada AS$55.62 setong dalam dagangan Asia.
https://selangorkini.my/2017/04/harga-minyak-dunia-turun-0-4/
5. Jujur laksana kerja, elak ambil cuti palsu lari tugas
Jujur melaksanakan tugas serta elak mengambil cuti palsu untuk lari daripada tugas antara pesanan diberikan salah seorang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).
Bagi penerima anugerah itu, Marlina Mokhtar berkata, pengiktirafan diberikan menjadi pendorong untuknya bekerja lebih kuat bagi memberikan perkhidmatan terbaik di peringkat pengurusan bandar.
https://selangorkini.my/2017/04/jujur-laksana-kerja-elak-ambil-cuti-palsu-lari-tugas/
DISEDIAKAN OLEH: MOHD EZLI MASHUT