Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

Waspada peralihan monsun sehingga Mei

SHAH ALAM, 6 APRIL: Orang ramai dinasihatkan supaya lebih berwaspada terhadap peralihan monsun yang membawa impak hujan lebat, ribut petir dan angin kencing sehingga Mei ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan berkata, kawasan serantau negara akan menerima tiupan angin dari pelbagai hala dengan kelajuan lemah, sepanjang tempoh itu.

“Lazimnya, kejadian hujan lebat dan ribut petir serta angin kencang lebih kerap berlaku terutama waktu petang dan awal malam di kebanyakan kawasan negeri di pantai barat juga pedalaman Semenanjung, pantai barat Sabah, kawasan barat dan tengah Sarawak,” katanya.

Katanya, orang ramai diminta mendapatkan maklumat terkini berkenaan cuaca menerusi laman sesawang Jabatan Meteorologi Malaysia, www.met.gov.my, aplikasi mobil-myCuaca, Facebook:malaysiamet, Twitter:@malaysiamet atau MetMalaysia Hotline di talian 1-300-22-1638.

-AA-