Categories
SELANGOR

AKLEH pupuk keselamatan jalan raya kepada pelajar

OLEH AFIX REDZUAN

AMPANG, 4 MEI: Syarikat Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) menyerahkan sumbangan RM500 kepada Sekolah Kebangsaan Ampang untuk menubuhkan Kelab Keselamatan Jalan Raya.

Sumbangan itu diserahkan Pengurus Besar AKLEH, YM Engku Mohd Fauzi Engku Hatim kepada Guru Besar, Rosminah Embi pada majlis Kempen Perjalanan Selamat Bersama.

Engku Mohd Fauzi dalam ucapannya berkata, pendidikan mengenai keselamatan jalan raya perlu dipupuk sejak bangku persekolahan supaya nilai murni dapat diamalkan di masa hadapan.

IMG_7223“Satu saluran memberikan pendedahan dan pendidikan betapa pentingnya menjaga keselamatan diri ketika di jalan raya disamping menyampaikan makkumat kepada masyarakat setempat.

“Diharapkan pelajar dapat menerapkan nilai murni ketika berada di jalan raya,” katanya.

Kempen ini melibatkan jalinan kerjasama antara AKLEH dengan Jabatan Kseselamatan Jalan Raya (JKJR) yang dihadiri Pengarahnya, Mohd Fakhri Mansor.

IMG_7281Pelajar darjah empat, lima dan enam turut mengambil bahagian dalam acara ‘Berjalan Selamat’, pertandingan mewarna, pertandingan basikal lambat dan sesi Allianz4Good.

Kesemua pemenang menerima hadiah berbentuk topi keledar yang disampaikan Engku Mohd Fauzi.