DUBAI: Kerajaan Arab Saudi pada kelmarin menahan 46 anggota sel militan dipercayai bertanggungjawab dalam serangan pengeboman maut ke atas Masjid Nabawi di kota suci Madinah pada musim panas lalu.
Agensi berita SPA memetik Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi sebagai berkata, suspek termasuk warga asing dan Arab itu ditahan di bandar pelabuhan barat di Jeddah.
Dalam insiden 4 Julai 2016, tiga pengebom berani mati dan dua anggota pasukan keselamatan dilaporkan terbunuh dan ia belum pernah berlaku di masjid dan makam Nabi Muhammad S.A.W.
Serangan terjadi berhampiranĀ petugas keamanan di lapangan parkir Masjid Nabawi, masjid terbesar kedua di dunia yang dibangun Nabi Muhammad selepas azan maghrib berkumandang, ketika umat Muslim berbuka puasa.
Pada Ramadan, Masjid Nabawi dipenuhi jutaan jamaah dari pelosok dunia bagi menunaikan ibadah umrah.
Tidak ada pihak mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu dan kenyataan Kementerian Dalam Negeri juga tidak menyalahkan mana-mana kumpulan tertentu.