SEREMBAN 6 MEI: Jenazah pelumba Cub Prix, Norizman Ismail, 32, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sendayan, Sendayan, di sini, jam 11.15 pagi tadi.
Norizman yang berasal dari Sungai Buloh, Selangor, meninggal dunia selepas terjatuh di selekoh pertama ketika ujian masa CP150 di Litar Lumba Bandar Baru Kijal, Terengganu, petang semalam.
Lebih 200 ahli keluarga dan rakan sepasukan hadir bagi memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham, lapor BH ONLINE.
Terdahulu, jenazah tiba dari Kemaman di rumah ibu mentuanya di Taman Nusari Bayu, di sini, kira-kira jam 7.30 pagi.
Jenazah kemudian dibawa ke Surau Nusari Bayu 2 untuk dimandi serta disembahyangkan.
=EZY=