Categories
GLOBAL

Donald Trump pecat Pengarah FBI serta merta

WASHINGTON 10 MEI: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, hari ini memecat Pengarah Biro Siasatan Persekutuan (FBI), James Comey, yang mengetuai agensi itu dalam siasatan pasukan kempen pilihan raya beliau dengan Russia.

Agensi Berita Antarabagsa AFP melaporkan Comey mencetuskan kontroversi dalam Pilihan Raya Presiden 2016 apabila beliau mengetuai siasatan bagi menentukan sama ada beberapa pembantu Trump bersekongkol dengan Moscow untuk meraih undi.

Dalam sepucuk surat kepada Comey, Trump berkata: “Kamu dipecat daripada jawatan berkuat kuasa serta-merta”.

“Walaupun saya amat menghargai tindakan kamu menyalurkan maklumat kepada saya dalam tiga majlis berasingan, bahawa saya tidak disiasat, saya terpaksa bersetuju dengan keputusan Jabatan Kehakiman bahawa kamu tidak mampu mengetuai biro ini secara berkesan.

FBI1“Justeru, adalah penting untuk kami mencari pimpinan baharu untuk mengetuai FBI bagi mengembalikan keyakinan dan kepercayaan rakyat dalam misi penguatkuasaan undang-undangnya yang penting,” kata Trump.

Setiausaha Akhbar Rumah Putih, Sean Spicer memberitahu pemberita, Presiden AS itu menerima cadangan Peguam Negara dan Timbalan Peguam Negara membabitkan pemecatan Pengarah FBI, Sementara itu, dalam satu kenyataan, Spicer berkata, usaha mencari pengarah baharu FBI dijangka bermula dengan segera.

Pengarah FBI dilantik untuk tempoh satu penggal selama 10 tahun. Comey, 56, popular dalam kalangan ejen dalaman agensi itu dan beliau dilantik sejak empat tahun lalu.

=EZY=