Categories
EKONOMI

Harga minyak dunia turun 1%

SINGAPURA 17 MEI: Harga minyak turun satu peratus hari ini selepas data menunjukkan peningkatan inventori minyak mentah Amerika Syarikat (AS).

Keadaan itu mencetuskan kebimbangan bahawa pasaran kekal terlebih bekalan walaupun ada usaha pengurangan pengeluaran oleh Arab Saudi dan Rusia, lapor Agensi Berita Antarabangsa REUTERS.

Kontrak penanda aras global, Brent susut 53 cent atau satu peratus daripada penutup sebelum ini, AS$51.13 setong.

West Texas Intermediate (WTI) pula didagangkan pada AS$48.10 satu tong, turun 57 cent atau 1.1 peratus, daripada penutup sebelum ini.

Inventori minyak AS menokok sebanyak 882,000 tong dalam minggu berakhir 12 Mei kepada 523.4 juta tong.

“Rali kenaikan harga minyak mentah yang bermula selepas laporan berita bahawa OPEC bersedia melanjutkan tempoh pengurangan pengeluaran terhenti semalaman, berikutan pasaran menanti bukti-bukti wujud semula keseimbangan dalam pasaran,” kata ANZ bank.
=EZY=