Categories
SELANGOR

Kerajaan Negeri puji inisiatif MPSJ bangun sahsiah belia

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 1 MEI: Kerajaan Negeri memberi sokongan penuh ke atas komited Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) mendekati belia menerusi aktiviti sihat konvoi permotoran.

EXCO Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari berkata, Jom Konvoi, Kembara Amal MPSJ 2017 selari dengan hasrat Kerajaan Negeri membangunkan sahsiah jati diri belia melalui aktiviti kegemaran mereka.

“Ia juga mampu membina dan mengukuhkan jalinan diantara belia dan pihak berkuasa tempatan (PBT), agensi kerajaan mahupun bukan kerajaan,” katanya ketika majlis perasmian penutup Jom Konvoi di The Summit, Subang Jaya, di sini, hari ini.

JOM KONVOI MSPJ (2)Amir berkata, Program itu juga secara tidak langsung dapat menerapkan sikap kesukarelaan dalam diri belia apabila turut diselitkan aktiviti gotong royong dan kemasyarakatan.

“Ia juga menjadi salah satu landasan pembangunan di Selangor iaitu menggerakkan program kesukarelawan dan mengaktifkan aktiviti kecergasan serta program dalam bentuk keagamaan seperti ilmiah dan moral

“Secara tidak langsung program ini juga melatih diri untuk berhijrah mengutip pengalaman serta menimba ilmu ke negara lain seperti melihat kehidupan masyarakat kampung, menziarah anak yatim serta melawat ke sekolah tahfiz,” katanya.

Tambahnya, beliau yakin dengan adanya program seperti itu, akan melahirkan anak muda yang mampu memenuhi kehendak PBT mahupun Kerajaan Negeri untuk mengisi cabaran baru di masa hadapan.