Categories
SELANGOR

Larangan guna polisterina bazar ramadan MPSJ

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 5 MEI : Pengunaan polisterina dan plastik secara percuma di bazar Ramadan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) tidak membenarkan sepanjang Ramadan ini.

Yang Dipertuanya, Dato’ Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, ketetapan itu seiring penguatkuasaan dasar baru dan larangan pengunaan plastik serta polisterina di peringkat Kerajaan Negeri sebelum ini.

“Peniaga diingatkan mengenai larangan penggunaan polisterina dan tidak dibenarkan memberi plastik secara percuma kepada pelanggan sepanjang berniaga di bazar Ramadan MPSJ,” katanya, lapor Sinar Harian pada sidang media Karnival Seminar Bazar Ramadan MPSJ 2017, di Dewan Puchong Indah baru-baru ini.

ydp mpsjKerajaan Negeri sebelum ini menguatkuasa larangan penggunaan plastik dan polisterina berkuatkuasa Januari lalu sebagai inisiatif menjadikan Selangor sebagai negeri karbon rendah di Malaysia.

Dasar baru itu juga menetapkan kadar cas 20 sen dikenakan bagi setiap penggunaan beg plastik di pasar raya seluruh negeri.

Dalam perkembangan sama, Nor Hisham berkata, MPSJ sudah meluluskan 1,291 daripada 1,558 permohonan tapak bazar Ramadan seluruh kawasan pentadbirannya.

Bagaimanapun katanya, peniaga diterima pemohonan tapak niaga diwajibkan menghadiri sesi taklimat dan seminar pematuhan syarat niaga.

Untuk tempoh 2017 ini, MPSJ menyediakan 24 bazar Ramadan di seluruh kawasan pentadbirannya.