Categories
NASIONAL

Malaysia antara negara diserang ransomware

KUALA LUMPUR 13 MEI: Malaysia antara negara yang menjadi mangsa serangan siber ransomware walaupun tidak seburuk yang dihadapi oleh Britain dan negara lain.

Menurut Ketua Pegawai Sektor Keselamatan Rangkaian dan Penguatkuasaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Zulkarnain Mohd Yasin, berdasarkan penilaian awal, pihaknya mengesan ia turut berlaku di negara ini.

“Berdasarkan penilaian awal, kita dapati ia berlaku dalam negara kita juga. Ada yang terkesan dengan virus tersebut,” katanya lapor ASTRO AWANI.

Tambah beliau, SKMM mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengemas kini sistem sedia ada.

Beliau mengakui virus ransomware adalah amat sukar untuk dibendung dan apa yang terbaik setakat ini adalah mengenal pasti langkah pemulihan.

“Langkah-langkah kita adalah mengemas kini dan pulihkan sistem Windows. Kita tak boleh nak bendung perkara ini. Cuma jalan terbaik adalah bagaimana cara pemulihannya,” jelasnya.

Menurut Zulkarnain, kebiasaannya serangan ini bertujuan untuk mengunci data dan fail tertentu sebelum membuat sesuatu tuntutan kepada mangsa bagi mendapatkan kembali data mereka.

Beliau ditemui pada tembual khas bersama Astro AWANI pagi Sabtu.

=EZY=