Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

MB: Kerajaan Selangor stabil, fokus khidmat terbaik untuk rakyat

OLEH NAZLI IBRAHIM

PETALING JAYA, 20 MEI: Kestabilan Kerajaan Negeri terus dipertahankan bagi memastikan rakyat negeri itu terus menikmati perkhidmatan berkualiti.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, pada masa ini tiada sebarang isu timbul berkenaan kestabilan Kerajaan Negeri.

“Saya beri jaminan Kerajaan Negeri stabil, kita ada mandat kuat diberi rakyat pada PRU lalu yang membolehkan kami menjalankan tugas kepada rakyat.

“Saya ada sokongan kuat semua ADN daripada kelab penyokong kerajaan,” kata Mohamed Azmin pada sidang media selepas merasmikan Kongres Tahunan Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Wanita KEADILAN di Dewan Sivik MBPJ di sini, malam tadi.

Jelasnya, pada masa ini KEADILAN hanya memfokuskan kepada gerak kerja menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Katanya, beliau juga yakin pilihan raya umum akan diadakan tidak berapa lama sahaja lagi.

Katanya lagi, beliau sudah pun mengarahkan supaya jentera pilihan raya KEADILAN bergerak dengan lebih berkesan.

=EZY=