Categories
NASIONAL

Pakatan: Tak susah cari PM lebih bagus dari Najib

NAZLI IBRAHIM

PETALING JAYA, 9 MEI: Pakatan Harapan (Pakatan) yakin kemampuan bakal calon Perdana Menteri yang diketengahkan nanti jauh lebih baik berbanding prestasi Perdana Menteri hari ini, Datuk Seri Najib Razak.

Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata ini kerana rekod prestasi Najib jelas terlalu banyak kelemahan dalam pelbagai aspek khususnya melibatkan kemampuan menjaga kepentingan rakyat.

“Nak cari Perdana Menteri lebih baik dari Najib dalam Pakatan ini memang mudah,” katanya dipercayai merujuk kepada rekod pentadbiran Najib yang dianggap terlalu lemah.

Beliau berkata demikan pada sidang media Pakatan di Ibu Pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di sini, hari ini

Ketika menyentuh isu yang dibincangkan dalam mesyuarat Pakatan sebelum itu, Saifuddin menjelaskan Pakatan turut merangka kerja dasar bersama yang akan mencabar dasar diperkenalkan Barisan Nasional (BN).

=EZY=