Categories
EKONOMI NASIONAL

Ringgit diniaga rendah pagi ini

SHAH ALAM, 9 MEI: Ringgit diniaga rendah pagi ini berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ekoran impak positif pilihan raya presiden Perancis dengan pedagang masih menanti pasca pilihan raya itu.

Pada jam 9.03 pagi tadi, ringgit didagangkan kepada 4.3390 / 3420 berbanding dolar AS dari 4.3350 / 3380, pada Isnin.

Pedagang berkata, dolar AS terus kukuh ekoran peningkatan jangkaan Rizab Persekutuan menaikkan kadar AS.

Sementara itu, ringgit turut terjejas ekoran kenaikan harga minyak mentah hari ini dengan West Texas Intermediate (WTI) meningkat 0.41 peratus kepada AS$46.62 setong dan Brent meningkat 0.39 peratus kepada AS$49.53.

Walaubagaimanapun, ringgit diniaga lebih tinggi berbanding kebanyakan mata wang utama, meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0852 / 0875 dari 3.0856 / 0886 dan lebih tinggi berbanding yen Jepun pada 3.8290 / 8326 dari 3.8523 / 8560, pada Isnin.

Ringgit turut meningkat berbanding pound British kepada 5.6186 / 6242 dari 5.6208 / 6264 dan naik berbanding euro kepada 4.7404 / 7454 dari 4.7412 / 7462, sebelumnya.