Categories
SELANGOR

Tangki air Pangsapuri Cheras Utama pecah

SHAH ALAM 2 MEI: Sebahagian dinding tingkat 12, Pangsapuri Cheras Utama runtuh selepas tangki air bangunan di Jalan CU 4A, pecah awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan orang awam pada jam 1.30 pagi.

“Seramai tujuh anggota dikejarkan ke lokasi kejadian dan mendapati benar berlaku runtuhan terbabit.

“Hasil siasatan mendapati runtuhan itu berpunca daripada tangki air di tingkat atas bangunan itu yang pecah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Samsol berkata, runtuhan itu turut menghempap sebuah kereta Proton Wira dan sebuah motosikal yang terletak di bawah bangunan itu.

“Runtuhan itu hanya membabitkan bahagian ruang tamu rumah berkenaan dan tiada mangsa dilaporkan cedera dalam insiden ini,” katanya.

=EZY=