Categories
GLOBAL

Amerika hantar 4,000 tentera tambahan ke Afghanistan

WASHINGTON 17 JUN: Amerika Syarikat bakal menghantar tambahan 4,000 anggota tentera ke Afghanistan sebagai salah satu usaha untuk memecahkan kebuntuan dalam perang di negara tersebut.

Keputusan dibuat oleh Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Jim Mattis akan diumumkan pada awal minggu hadapan, lapor Agensi Berita Antarabangsa AP.

Menurut kenyataan daripada pentadbiran Presiden AS, Donald Trump, sebahagian besar daripada pasukan tambahan akan melatih dan menasihati tentera Afghanistan.

Walau bagaimanapun, jurucakap Pentagon, Jeff Davis berkata, pihaknya memaklumkan tiada sebarang keputusan dibuat setakat ini. – AP

=EZY=