Categories
EKONOMI

Bank Negara: 334 syarikat di bawah Amaran Pengguna Kewangan

KUALA LUMPUR 30 JUN: Bank Negara Malaysia (BNM) mengeluarkan senarai terkini 334 syarikat di bawah Amaran Pengguna Kewangan.

Dalam pengumuman di laman webnya, bank pusat itu berkata, senarai tersebut terdiri daripada syarikat dan laman web sama ada yang tidak dibenarkan atau diluluskan di bawah undang-undang dan peraturan berkaitan di bawah BNM.

“Ia tidak menyeluruh dan hanya berfungsi sebagai panduan kepada orang ramai berdasarkan maklumat dan pertanyaan yang diterima oleh BNM dan terdiri daripada 334 syarikat,” katanya.

BNM menambah CYL Asia Enterprise, CYL Peoria Enterprise, CYL Prospect Trading, CYL4U Resources, JJ Commerce Trading, JJ Online Enterprise, L & L Property Ventures SB, Mama Captain International, Nahana Global Resources, New Gen Food Sdn Bhd, NGR Asia Group Sdn Bhd, NGR Global Sdn Bhd, Relax Green Enterprise dan Richway Green Venture dalam senarai berkenaan.

Menurut BNM, senarai itu akan dikemas kini selalu untuk rujukan orang ramai.

SUMBER: BERNAMA