Categories
KENYATAAN MEDIA

Bekalan air di Klang, Shah Alam & Petaling pulih

Bekalan air di beberapa kawasan di Klang, Shah Alam dan Petaling yang mengalami gangguan akibat kejadian paip utama pecah di belakang tapak Kilang JVC, Seksyen 21, Shah Alam telah pulih sepenuhnya.

Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pengguna di atas kesabaranmenghadapi gangguan bekalan air sepanjang insiden di luar jangkaan ini.

Walau bagaimanapun, pengguna dinasihati untuk sentiasa menggunakan air secara berhemat.

Pengguna boleh mendapatkan maklumat mengenai perkhidmatan air melalui www.syabas.com.my atauaplikasi telefon pintar “mySyabas”.

 

Dikeluarkan oleh: Amin Lin Abdullah, Ketua Jabatan Komunikasi Korporat, Kumpulan Air Selangor