Categories
GLOBAL

Bekas PM Israel dipenjara rasuah dibebas awal

BAITULMAQDIS 29 JUN: Bekas perdana menteri Ehud Olmert diberikan pembebasan awal daripada hukuman penjara 27 bulan hari ini, susulan skandal rasuah yang menggegarkan politik Israel.

Beliau adalah bekas perdana menteri pertama Israel yang pernah menjalani hukuman penjara, lapor Agensi Berita Antarabangsa AFP.

Lembaga parol enam anggota mengatasi bantahan pejabat pendakwa raya negeri dan memerintahkan pembebasan awal banduan,” demikian menurut keputusan itu.

Olmert yang berusia 71 tahun, menjadi perdana menteri antara 2006 dan 2009, disabitkan dengan kesalahan rasuah dan dipenjarakan pada Februari 2016.

Pembebasannya yang dijadualkan pada Ahad, hanya akan dibenarkan selepas dia menjalani dua pertiga daripada hukumannya. Bagaimanapun, pendakwa boleh merayu keputusan itu.

=EZY=