Categories
SELANGOR

Qiamullail Perdana tarik 1,000 generasi muda Selangor

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 23 JUN: Program Qiamullail Perdana Generasi Muda Selangor melabuhkan tirainya awal pagi tadi selepas penganjuran dua siri di Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Caves dan Dengkil.

Siri pertama berlangsung di Masjid Al-Amaniah, Batu Caves pada 18 Jun lalu menyaksikan kehadiran hampir 700 jemaah dalam program bermula jam 2.00 pagi dan berakhir jam 7.00 pagi dengan penampilan Ustaz Zamri Mantop yang menyampaikan kuliah subuh.

Kedua-dua program bertujuan mengimarahkan Ramadan dan mengajak anak muda dalam meningkatkan kefahaman tentang Islam turut dihadiri Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari.

QIAMULLAIL PERDANA (2)Manakala hampir 300 anak muda menghadiri siri kedua berlangsung awal pagi tadi di Masjid Nurul Huda Olak Lempit, Kuala Langat dengan kuliah subuh disampaikan Ustaz Mohd Hanif Jamaluddin.

Dalam perkembangan sama, Penolong Pegawai Belia dan Sukan, Majlis Sukan Negeri Selangor, Yusnaiza Noor Mohd Yusof berkata, pihaknya mengucapkan jutaan terima kasih kepada kedua-dua DUN serta masjid terlibat atas kerjasama menjayakan program qiamullail itu.