Categories
EKONOMI NASIONAL

Ringgit dibuka rendah pagi ini

KUALA LUMPUR, 9 JUN: Permintaan susut terhadap ringgit, semalam menyaksikan mata wang tempatan itu meneruskan kemerosotan untuk dibuka sedikit rendah hari ini berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), kata peniaga.

Pada jam 9.10 pagi tadu, unit tempatan itu diniagakan pada 4.2690/2720 berbanding dolar pada 4.2670/2700, semalam.

Berbanding dengan sekumpulan mata wang lain, ringgit diniagakan bercampur-campur.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0863/0896 dari 3.0853/0886, semalam dan merosot berbanding yen kepada 3.8788/8822 dari 3.8745/8776.

Bagaimanapun, ringgit meningkat kepada 5.4366/4417 dari 5.5219/5262 berbanding pound British dan naik berbanding euro kepada 4.7727/7774 dari 4.7923/7973, semalam.

*Sumber: BERNAMA