Categories
SELANGOR

Rohingya Education Centre dikagumi masyarakat antarabangsa

OLEH NAZLI IBRAHIM

KLANG, 23 JUN: Walaupun hanya menjalankan operasi di lot kedai, namun Rohingya Education Centre (REC) yang terletak di Bangunan Maru, di sini mendapat perhatian masyarakat antarabangsa.

Guru Besar REC, Rosma Tazilah berkata, pusat pendidikan itu turut kerap dilawati delegasi dari pelbagai negara termasuk Eropah.

Katanya, delegasi terbabit kagum terhadap dedikasi ditunjukkan REC yang terkenal dalam kalangan komuniti antarabangsa membabitkan pelarian.

“Sebelum ini, REC didanai uruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) sebelum Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) tampil memberi sumbangan dana.

“Ekoran itu, kami kerap menerima pelawat asing seperti Jerman untuk melihat sendiri operasi REC,” katanya kepada SelangorKini sempena program ‘Satu Keluarga, Sekampit Beras’, semalam.

Rosma berkata, UNHCR turut menganggap guru dan kakitangan REC sebagai profesional ekoran berkhidmat sepenuh masa di sekolah terbabit.

Bagaimanapun, beliau mengakui REC masih kurang mendapat perhatian masyarakat setempat.

Sehingga kini, REC memiliki 11 guru.