Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Sultan rasmi Masjid Sungai Tengi

OLEH HAFIZAN TAIB

KUALA KUBU BHARU, 6 JUN: DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, berkenan menyempurnakan upacara perasmian Masjid Sungai Tengi, di sini, petang semalam.

Baginda menyempurnakannya ketika berangkat mencemar duli ke Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat dan Penyampaian Sumbangan Aidilfitri kepada fakir, miskin dan mualaf di masjid berkenaan.

Seramai 371 fakir, miskin dan mualaf menerima sumbangan Aidilfitri berjumlah RM185,500 daripada Sultan Selangor.

Turut hadir, Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali; Exco Kerajaan Negeri, Dato’ Iskandar Abdul Samad dan Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi dan Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Mohd Amin Ahmad Ahya.

Sama hadir, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Dato’ Mohamad Adzib Mohd Isa; Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Dato’ Haris Kasim; Pegawai Daerah Hulu Selangor, Mohd Fauzi Mohd Yatim serta hadirin lain.

IMG-20170605-WA0019Masjid Sungai Tengi direalisasikan dengan upacara pecah tanah diikuti kerja pembinaan bernula 22 Oktober 2012 dan siap sepenuhnya pada 12 Disember 2014.

Ia dibina bagi menggantikan Masjid Jamek Nurul Hidayah, Felda Sungai Tengi, di kawasan seluas tiga hektar dengan kos pembinaan RM5.3 juta dibiayai Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan sumbangan wakaf daripada orang ramai.

Sempena Ramadan kali ini, Kerajaan Negeri juga menyumbang RM193,800 kepada masjid, surau dan sekolah rendah agama di Hulu Selangor.

IMG_20170605_200842

 

IMG-20170605-WA0015

=EZY=