Categories
SELANGOR

Sultan Selangor terima pembayaran zakat perniagaan RM8.85 juta

OLEH SYAZWANI SUFIAN

DAMANSARA, 13 JUN: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima pembayaran zakat perniagaan daripada empat buah syarikat berjumlah RM8.85 juta.

Empat syarikat tersebut ialah Kumpulan DRB-Hicom menunaikan zakat berjumlah RM5.5 juta dan Universiti MAHSA berjumlah RM1.3 juta.

Manakala Jackel Trading Berhad dan Sime Darby Property Berhad dengan masing-masing menunaikan zakat sebanyak RM1.02 juta dan RM1 juta.

Kesemua syarikat ini menunaikan pembayaran zakat bagi tahun kewangan berakhir 2016.

Pembayaran zakat disampaikan dalam Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat di Masjid Ara Damansara, di sini hari ini.

Dalam masa yang sama Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali turut menyampaikan sumbangan khas sebanyak RM70,000 bagi penambahbaikan masjid.

Antara yang menerima sumbangan adalah Masjid Ara Damansara berjumlah RM10,000, Masjid Nurul Ehsan, Taman Medan sebanyak RM30,000 dan Masjid Aminah Abdullah Al Muhairi sebanyak Rm30,000 bagi tujuan penggantian karpet masjid di ruang solat dan menampung kos pembelian van serbaguna.

=EZY=