Categories
GLOBAL

Tujuh krew kapal perang USS Fitzgerald ditemui mati

TOKYO 18 JUN: Semua tujuh kru kapal perang Amerika Syarikat, USS Fitzgerald yang dilaporkan hilang sebelum ini ditemui mati, lapor media Jepun.

Kru berkenaan hilang selepas kapal perang itu berlanggar dengan sebuah kapal kontena Filipina, ACX Crystal kira-kira 56 batu nautika di barat daya Yokosuka, Jepun pada jam 2.30 pagi Sabtu, lapor AGENSI.

Sementara itu, Tentera Laut Amerika Syarikat berkata, beberapa kru yang hilang ditemui mati di ruang rosak kapal perang itu.

“Anggota tentera yang dikesan penyelam, maut. Dibawa ke (hospital tentera) USNH Yokosuka untuk dikenal pasti.

“Ketika kru mencari dan menyelamat berjaya memasuki ruang yang rosak akibat perlanggaran itu, mereka yang hilang dikesan di bahagian yang dipenuhi air,” kata Komander Tentera Laut AS di Jepun dalam Twitter.

Dalam kenyataan berasingan yang tidak mengesahkan kematian, Armada Ketujuh AS, berkata ‘sebilangan’ kru sudah ditemui.

=EZY=