Categories
GLOBAL

19 maut di Syria tiga serangan bom kereta

DAMSYIK 2 JULAI: Tiga serangan bom kereta di timur ibu kota Syria di sini menyebabkan sekurang-kurangnya 19 orang maut, lapor BBC NEWS.

Media tempatan dan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria (SOHR) berkata, pasukan keselamatan memintas tiga pengebom kereta dalam perjalanan ke bandar ini awal pagi ini.

Televisyen tempatan berkata, dua kenderaan terbabit diletupkan di pinggir bandar itu manakala yang ketiga berjaya sampai ke timur Dataran Tahrir dan meletupkan diri ketika dikepung pihak berkuasa.

SOHR berkata, mangsa yang maut dalam insiden pengeboman itu termasuk sekurang-kurangnya tujuh anggota keselamatan pro-rejim dan dua orang awam, namun baki mangsa lain tidak diketahui.

Agensi berita Syria, SANA memetik kenyataan kementerian dalam negeri sebagai berkata, dua kenderaan itu ‘dimusnahkan’ di bulatan menghala ke lapangan terbang bandar itu.

Pemandu kenderaan ketiga meletupkan diri ketika diburu, katanya, mengorbankan sejumlah orang awam, mencederakan mangsa lain dan menyebabkan kerosakan harta benda awam dan persendirian.’

SUMBER: AFP/BBC NEWS