Categories
EKONOMI

Bursa Malaysia ditutup rendah pada sesi pagi

KUALA LUMPUR, 21 JULAI: Indeks penanda aras, FBM KLCI kekal rendah pada penutup sesi pagi hari ini.

Pada jam 12.30 tengah hari, Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) 2.06 mata lebih rendah kepada 1,753.57 daripada penutup 1,755.63.

Indeks penanda aras dibuka 0.98 mata lebih tinggi kepada 1,756.55.

Dalam pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 366 berbanding 293, sementara 336 kaunter kekal tidak berubah, 832 tidak didagangkan dan 21 lain digantung.

Jumlah dagangan berada pada paras 823.12 juta saham bernilai RM555.47 juta.

*Sumber: BH Online