Categories
GLOBAL

China bina pelabuhan tentera di Djibouti, kapal pengangkut ceroboh Taiwan

OLEH: MOHD EZLI MASHUT

GLOBAL 12 JULAI: Kapal yang membawa anggota tentera China dilaporkan meninggalkan pelabuhan negara itu untuk ditempatkan di Djibouti di hujung benua Afrika meningkatkan spekulasi bahawa Beijing sedang memperluaskan aktiviti ketenteraannya di peringkat global.

Kerajaan China mula membina pangkalan lojistik di Djibouti pada tahun lalu bagi tujuan menyediakan bantuan kepada kapal China yang terlibat dalam misi kemanusiaan di Yaman dan Somalia.

Pembinaan pangkalan itu merupakan pangkalan pertama tentera laut China di luar negara walaupun Beijing menafikan ia adalah untuk lojistik.

DjibouiPada masa sama, India menyatakan kebimbangan dengan perkembangan perluasan pengaruh ketenteraan China di kawasan itu yang boleh menjejaskan negaranya.

Agensi berita Xinhua melaporkan pada Selasa kapal yang membawa tentera itu berlepas dari Zhanjiang di Selatan China untuk menyediakan pangkalan di Djibouti.

Sementara itu dalam perkembangan lain REUTERS melaporkan kapal pengangkut pesawat milik China, Liaoning didakwa memasuki zon pertahanan udara Taiwan, awal pagi tadi, ketika dalam perjalanan pulang dari Hong Kong.

Bagaimanapun, Kementerian Pertahanan Taiwan, berkata pihaknya sedang memantau keadaan dan tiada sebab rakyat berasa cemas berhubung perkara itu.

LIONING“Kapal Liaoning dilaporkan berlepas dari Hong Kong pada tengah hari semalam, sebelum memasuki zon pertahanan Taiwan ketika melalui bahagian barat Selat Taiwan.

“Kami sedang memantau keadaan, tidak mengesan perkara yang luar biasa dan orang ramai tidak perlu cemas,” kata jurucakap Kementerian Pertahanan.

Liaoning, kapal pengangkut pesawat pertama milik China berada di Hong Kong sempena sambutan ulang tahun ke-20 penyerahan tanah jajahan Britain itu kepada Beijing.

=EZY=