Categories
GLOBAL

Erdogan: Tarik diri Perjanjian Iklim Paris jika tak disenarai negara maju

OLEH: MOHD EZLI MASHUT

GLOBAL 9 JULAI: Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan memberitahu media di Hamburg bahawa 19 negara menyatakan komitmen kepada Perjanjian Iklim Paris namun tidak senang dengan beberapa perkara berkenaan.

Agensi Berita Turki ANADOLU AGENCY melaporkan sama ada Turki mengesahkan perjanjian itu selepas Amerika Syarikat menarik diri bergantung kepada janji perjanjian yang lebih mesra kepada negara anggota.

Erdogan berkata, bekas Presiden Perancis Francois Hollande berjanji kepadanya bahawa Turki akan dimasukkan sebagai sebuah negara maju dan bukan ekonomi industri yang bermaksud Ankara menerima wang daripada dana iklim global dan bukannya perlu membayarnya.

Katanya, beliau sudah memaklumkan Presiden Perancis Emmanuel Macron dan Canselor Jerman Angela Merkel : “Tiada kesalahan tetapi kami tidak akan meluluskan dalam parlimen kami selagi janji-janji yang dibuat kepada kami tidak dihantar.”

ErdoganSidang kemuncak perindustrian dan pembangunan ekonomi dunia terbesar itu bersetuju 19 anggotanya kekal dengan perancangan 2015 untuk menentang pemanasan global dan ‘sedar’ penarikan diri Presiden Donald Trump daripada inisiatif itu.

Sebagai negara yang terlibat dengan perjanjian iklim itu, negara industri berjanji untuk memberikan sokongang kepada negara membangun dalam bidang pertukaran teknologi dan penjagaan alam sekitar.

Perjanjian Iklim Paris ditandatangani 195 negara pada April lalu dalam usaha mengurangkan kesan perubahan iklim dunia dengan mengurangkan pelepasan karbon serta merendahkan kenaikan suhu global.

=EZY=