Categories
GLOBAL

Forbes: Bill Gates kembali jadi individu terkaya dunia

GLOBAL 29 JULAI: Jutawan Microsoft Bill Gates kembali menjadi individu terkaya dunia meninggalkan Ketua Pegawai Eksekutif Amazon.com Inc, Jeff Bezos di tempat kedua.

Laporan itu dikeluarkan Portal Forbes melalui ranking yang dikemaskini dari semasa ke semasa yang membuat penyenaraian rangking itu.

Pada Rabu dilaporkan kekayaan Bezos hampir mencecah AS$89 bilion setakat sementara kekayaan Gates menghampiri AS$90 bilion.

Namun pada Khamis saham Amazon mencatatkan penurunan 3.15 peratus dalam dagangan pra-pasaran selepas ia melaporkan penurunan 77 peratus keuntungan ketika usaha pengembangan pantas dan berkos tingginya dalam kategori perbelanjaan baharu tidak menunjukkan sebarang isyarat untuk perlahan.

Dalam laporan Forbes itu, Bezos mengalami penurunan 2.3 peratus iaitu bersamaan USD2.1 bilion dengan jumlah keseluruhan USD86.7 bilion.

https://selangorkini.my/2017/07/jeff-bezos-individu-terkaya-dunia-kekayaan-rm387-6-bilion/

Manakala Bill Gates ditempat pertama dengan mengumpul kekayaan USD89.8 bilion walaupun mengalami penurunan UDS31 juta.

Penurunan itu mempengaruhi indeks teknologi, yang menjadi sektor mencatatkan prestasi terbaik tahun ini, sehingga membolehkan indeks S&P 500 meningkat 10.6 peratus tahun ini.

Saham Facebook, Alphabet dan Netflix, yang juga sebahagian daripada saham cemerlang “FANG” juga berada lebih rendah.

=EZY=