Categories
SUKANKINI

Gartung: Menang tipis tapi Semut Merah bangkit

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 27 JULAI: Kemenangan ke atas T – Team, malam tadi, meneruskan rentak kebangkitan PKNS FC dan tiga mata diraih amat bermakna bagi pasukan mengukuh kedudukan dalam Liga Super.

Biarpun menang dengan jaringan gol 2 – 1 tetapi bagi Ketua Jurulatih, Sven Gartung, ia sudah cukup dan pemain berjaya melakukannya dengan persembahan baik untuk mengatasi lawan.

“Saya bangga dengan pemain kerana mereka berusaha keras untuk kejayaan ini walaupun menerima tentangan hebat pasukan lawan terutama dalam separuh masa kedua.

GARTUNG1“Pasukan berjaya menghalang kemaraan T – Team dengan percaturan disusun, ada kala kita perlu melakukan perubahan posisi dalam permainan kerana ada pemain cedera dan mereka berjaya melakukannya dengan berkesan untuk terus kekal dengan kelebihan gol dimiliki,” katanya dalam sidang media selepas perlawanan di Stadium Shah Alam, di sini.

Dalam perlawanan itu, PKNS FC menghasilkan gol melalui Mohd Aliff Haikal pada minit ke 34 dan Mohd Nizam Abu Bakar (m41) manakala Mohd Asrol Ibrahim menjaringkan gol tunggal T – Team pada minit ke 65.

Gartung berharap PKNS FC akan terus mempamerkan peningkatan dan berusaha mencipta kejayaan dalam baki perlawanan liga.

“Perkembangan dalam pasukan amat baik dan walaupun tempuh saya bersama pemain singkat tetapi kita berjaya mewujudkan persefahaman baik dengan perubahan diinginkan.

PKNS FC (3)“Mencatat dua kemenangan dalam liga adalah sesuatu yang baik dan semoga berterusan,” katanya.

Di bawah kendalian Gartung sejak mengambilalih pasukan, PKNS FC mengalahkan Sarawak 1 – 0 di Kuching, Sabtu lalu, dan seri dengan Kuala Lumpur 0 – 0 dalam Piala Malaysia, 18 Julai lalu.

Sementara itu, jurulatih T – Team, Rachmaat Darmawan berkata, pasukannya mempamerkan persembahan mengecewakan pada awal perlawanan dengan membukan ruang untuk PKNS FC bertindak mencipta kelebihan.

“Kita melepaskan beberapa peluang dalam separuh masa pertama manakala PKNS FC melakukan penyudah berkesan dengan jaringan gol.

“T – Tean berusaha mencabar dan meningkatkan persembahan dalam babak kedua tetapi pasukan lawan bijak mengekalkan kelebihan untuk muncul pemenang,” katanya.