Categories
GLOBAL

Gelombang panas landa Eropah, cecah hingga 45 darjah celsius

OLEH: MOHD EZLI MASHUT

GLOBAL 2 JULAI: Cuaca panas melanda Eropah bukan cerita baru. Namun apa yang baharu adalah kawasan yang mengalami musim panas ekstrem pada kali ini.

Di Greece pihak berkuasa memberikan amaran kepada orang awam untuk berada di dalam rumah beberapa hari ekoran suhu direkodkan tinggi sehingga 40 darjah celsius pada Jumaat melanda Selatan Greece.

Malahan dilaporkan cuaca gelombang panas turut melanda Turki, Bulgaria, Macedonia, Albania dan Croatia serta beberapa negara di Selatan Eropah apabila mengalami suhu melebihi 10 darjah di atas purata.

Di Turki, kawasan Antalya dan Akhisar merekodkan suhu sehingga 45 darjah celsius pada Jumaat lalu.

PanasBandar di Romania dan Itali juga pada Jumaat merekodkan suhu tinggi apabila Bucharest dan Bari mencecah 38 darjah celsius. Manakala kawasan lain di wilayah itu berada pada sekitar suhu 30 darjah celsius.

Pada Sabtu dan Ahad suhu masih tinggi dibeberapa kawasan apabila Athens dan Greece mengalami suhu sehingga 43 darjah celsius.

Sementara itu lima penduduk dilaporkan meninggal dunia semalam, selepas cuaca panas melanda ibu negara Bulgaria, ketika suhu dijangka mencecah sehingga 44 darjah celsius.

Jurucakap perkhidmatan kecemasan, Katia Sungarska, berkata menjelang tengah hari semalam, kira-kira 200 penduduk sudah menerima rawatan selepas jatuh sakit akibat cuaca panas.

Dalam pada itu, amaran pada tahap merah sudah dikeluarkan sejak semalam di 17 wilayah di seluruh negara dan ia adalah yang pertama bagi musim panas kali ini.

=EZY=