Categories
PENDIDIKAN SELANGOR

Hospital Pakar Al-Islam sedia tempat latihan klinikal pelajar UNISEL

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 15 JULAI: Universiti Selangor (UNISEL) dan Hospital Pakar Al-Islam memeterai Perjanjian Persefahaman (MOU), baru-baru ini.

Pengarah Komunikasi Korporat UNISEL, Hasril Abu Hassan berkata, MoU itu merupakan peluang berharga kepada pelajar daripada program Sains Kesihatan untuk menjalani latihan klinikal di hospital di ibu kota itu.

Bertempat di Kampung Baru, Kuala Lumpur, majlis menandatangani MoU disempurnakan Presiden dan Naib Canselor, Prof Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman dan pendaftar, Shamsul Azhar Mohd Yusoff bagi mewakili UNISEL.

Sementara itu, Hospital Pakar Al-Islam pula diwakili Pengarah Hospital, Dr Ishak Mas’ud dan Pengarah Perubatannya, Dr Suhaimi Abdul Halim.

Sebelum ini, UNISEL turut menyempurnakan Majlis Menandatangani MoU bersama Hospital Pakar Darul Ehsan Medical Centre (DEMC).

2017-07-14-PHOTO-00000102Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Pakar DEMC, Dato’ Dr Omar Abd Hamid memuji UNISEL kerana berjaya melahirkan pelajar yang mampu memberikan komitmen tinggi.

Beliau berkata, faktor berkenaan mendorong DEMC menyerap terus pelajar yang menjalani latihan praktikal di DEMC.

Untuk yang berminat menjadi sebahagian warga UNISEL, tarikh pendaftaran pelajar baru pengambilan Julai akan dilanjutkan sehingga 21 Julai 2017.

Mereka yang berminat juga boleh datang secara terus ke kampus pengajian Shah Alam atau Bestari Jaya.

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi pejabat Pemasaran dan Kemasukan di talian 03-55223400 atau 012-3401740 atau 011-33907681

=EZY=