Categories
EKONOMI SELANGOR

INVEST: Ada khabar gembira dari Eropah

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 19 JULAI: Invest Selangor Berhad (INVEST) terus rancak menjelajah ke bandar raya berpotensi dunia bagi menarik minat pelabur untuk bertapak di Selangor.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dato’ Hassan Azhari Idris berkata, INVEST antara lain sudah singgah ke bandar utama di India, Taiwan, Jerman, Belgium dan Perancis.

Katanya, INVEST diketuai Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Industri Kecil dan Sederhana serta Pengangkutan, Dato’ Teng Chang Khim juga bakal terbang ke Kanada dalam tempoh terdekat untuk pelaburan bioteknologi.

“Hasil lawatan kerja dan kunjungan ke luar negara, kita juga ada menerima maklum balas pihak yang berminat untuk melabur di sini.

INVEST“Untuk makluman, INVEST sekali lagi dijadual ke Eropah pada bulan hadapan dan mungkin ada berita gembira nanti namun tidak boleh dikongsikan sekarang,” katanya kepada Selangor Kini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Invest Selangor, di sini, hari ini.

Majlis disempurnakan dengan kehadiran Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dan Chang Khim.

=EZY=